Anak Koh sempat telefon ibu sebelum maut dalam kebakaran

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun menyiasat pelbagai kejadian jenayah termasuk yang menyayat hati sebelum ini, namun apa yang menimpa beliau semalam begitu mengejutkan apabila anak lelakinya berusia 22 tahun maut dalam kebakaran di rumah mereka di Kondominium Mont Kiara Bayu di sini.

Ketika kebakaran berlaku di unit tingkat 32 kondominum tersebut, Keat Lee yang merupakan seorang chef di sebuah restoran Jepun, sempat membuat panggilan kepada ibu bapanya menangis meminta pertolongan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pertolongan itu sampai, ia ternyata lewat. Seluruh unit kondominium itu telah musnah dan mayat Keat Lee ditemui rentung di beranda oleh anggota bomba.

Koh yang tiba beberapa minit kemudian bersama isteri dan anak keduanya berusia 18 tahun dihalang daripada memasuki unit tersebut sebelum dibenarkan berbuat demikian dengan diiringi oleh beberapa pegawai atasan polis termasuk Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sekumpulan wartawan yang menanti di tingkat bawah begitu terkejut dengan berita itu. Ada yang mula menangis termasuk Ismail yang dengan berat hati terpaksa memaklumkan anak sulung Koh itu telah ditemui rentung dalam kebakaran tersebut.

Berita mengenai kematian anak bekas Ketua Polis Pulau Pinang itu tersebar dengan cepat dan beberapa minit kemudian, hampir semua pegawai atasan polis menyampaikan ucapan takziah mereka atas kejadian yang menimpa Koh dan keluarganya.

Sebuah ambulans dari Pusat Perubatan Universiti Malaya diiringi polis membawa mayat Keat Lee untuk proses bedah siasat.

Seorang wanita yang tinggal di bangunan bertentangan berkata, dia melihat seorang lelaki menjerit meminta pertolongan dari beranda di tingkat 32 kondominium itu.

"Saya dengar dia menjerit meminta bantuan kerana terperangkap dalam kebakaran, saya terus pergi memberitahu pegawai keselamatan," jelas wanita itu yang enggan dikenali.

Seorang pembantu rumah warganegara Thai, Thanikaa yang bekerja di tingkat 29 bangunan itu berkata, dia mendengar bunyi letupan yang kuat semasa sedang membasuh pakaian.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Zakaria Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan telefon pada pukul 9.32 pagi dan dapat mengawal kebakaran itu dalam masa 14 minit sebelum berjaya memadamkannya kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Kami terpaksa menggunakan sistem pemercik air untuk memadamkan api," katanya.

Siasatan awal mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada periuk yang terlalu panas dan kemudiannya terbakar.

Sementara itu, di PPUM, ramai tetamu kenamaan, ahli politik dan pegawai polis hadir melawat Koh dan keluarga selepas mengetahui kejadian itu.

Ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (Perkep) yang diketuai isteri Ketua Polis Negara, Puan Seri Juriah Ahmad dilihat hadir menenangkan isteri Koh, Datin Cindy P.Y. Koh, yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

Jurucakap kepada keluarga itu meminta media supaya tidak membuat spekulasi tentang kejadian itu.

Mayat Keat Lee akan disemadikan di Melaka esok.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan