Manek Urai: Belum ada pemenang jelas, undi dikira semula

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS memperoleh kemenangan tipis dengan undi majoriti 65.

Sehubungan itu, BN memohon diadakan semula pengiraan undi.

Dalam pada itu setakat pukul 8.20 malam, PAS memperoleh 4,335 undi manakala BN 4,299 undi.

Perbezaan sebanyak 36 undi.

Terdahulu pada penjumlahan undi melibatkan lima pusat mengundi setakat 8.15 malam, PAS mendahului dengan 3,471 undi manakala BN pula 3,262 undi.

Perbezaan ialah 209 undi.

BERITA TERDAHULU

KUALA KRAI: Ketika keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui umum, pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) juga menang dengan undi tipis - dalam lingkungan 31 hingga 38 undi.

Oleh itu belum ada pemenang yang jelas.

Justeru, setakat 7.45 malam tadi pengiraan semula undi sedang berlangsung di kebanyakan saluran mengundi.

mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah telah menang dengan 106 undi walaupun pada sebelah tengah hari tadi ada yang mengatakan PAS boleh memperoleh majoriti 2,000 undi.

Penjumlahan undi dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 dekat sini.

Pada awalnya, keputusan dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan