Lim mahu jumpa penduduk tanpa kehadiran peguam

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa beliau hanya mahu mengadakan perbincangan dengan penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor, di sini, Khamis ini, tanpa kehadiran peguam Darshan Singh Khaira.

Katanya kerajaan negeri tidak mahu 'orang luar' menyertai perbincangan dengan 23 keluarga dari kampung berkenaan pada pukul 8 malam di Bangunan Komtar di sini.

Saya tidak mahu perbincangan itu dimanipulasi oleh 'orang luar' dan mahu penduduk kampung itu membuat keputusan tepat berhubung syarat pertemuan itu, katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Lim berkata sekiranya penduduk tetap dengan pendirian untuk membawa Darshan maka peguam itu boleh menunggu di luar sehingga perbincangan selesai.

Terdahulu itu, Lim menyerahkan surat jemputan untuk perbincangan tersebut kepada wakil penduduk K. Santha dan S. Saravanan di pejabatnya.

Kontroversi kampung berkenaan timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar yang dikenali sebagai 'High Chapparal' kepada sebuah koperasi untuk dibangunkan oleh pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Pemaju berkenaan telah mendapat perintah mahkamah supaya 23 keluarga yang mendiami kawasan itu mwengosongkan tanah berkenaan sebelum 2 Ogos ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan