Cadangan konsep teksi air di Pulau Pinang dilulus

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Penduduk Pulau Pinang termasuk pelancong akan menikmati kemudahan pengangkutan teksi air tidak lama lagi kerana cadangan konsep pengangkutan itu telah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Tan Cheng Liang berkata, projek itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berakhir pada tahun depan.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) minggu lepas dan sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pada RMK-9 untuk projek itu.

Ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, SPPP, NCIA dan Kementerian Pengangkutan sedang mengenal pasti syarikat perunding bertauliah untuk melakukan kajian kesesuaian cadangan itu sebelum ia dilaksanakan.

"Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan konsep teksi air ini dan kajian itu dijangka mengambil masa tiga bulan dan akan dimulakan bulan depan," katanya.

Tan berkata, sekiranya teksi air itu beroperasi kelak, ia bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan malahan menjana ekonomi negeri.

Katanya, antara kawasan yang dicadang menjadi laluan bagi bahagian pulau ialah perairan Tanjung Bungah, Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Jerjak dan Batu Maung manakala bagi kawasan Seberang Perai pula meliputi perairan Bagan Ajam, Butterworth, Batu Kawan dan Nibong Tebal.

Selain membina sebuah jeti bagi setiap lokasi itu, beliau berkata, kemudahan pengangkutan lain seperti bas dan teksi akan diwujudkan untuk kemudahan pengguna.

"Jika perkhidmatan itu beroperasi kelak, ia mampu membawa penumpang berulangalik dari bahagian pulau ke tanah besar setiap hari dan ia bukan sahaja menjimatkan masa malahan mengurangkan kesesakan terutama di Jambatan Pulau Pinang.

"Konsep perkhidmatan seperti ini telah lama diperkenalkan di beberapa tempat di luar negara misalnya Sydney (Australia), New York, Boston serta Chicago (Amerika Syarikat) dan kita yakin Pulau Pinang akan menjadi destinasi yang diminati," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden Kanan Bahagian Industri Pembuatan NCIA, Chris Tan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan