Anak lelaki pengarah PDRM maut dalam kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak lelaki Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun, terbunuh dalam kebakaran di kondominium di Mont Kiara Bayu di sini pagi tadi.

Mangsa Koh Keat Lee, 22, maut dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat punca kejadian.

Lapor Bernama, ketika kejadian, bapa mangsa tidak berada di kediaman tersebut kerana sedang bertugas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa ditemui di ruang balkoni kondominium 32 tingkat itu.

"Mangsa kini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat," katanya.

Enam jentera bomba iaitu dari Balai Sentul, Hang Tuah dan Segambut berada di lokasi kejadian bagi memadamkan api.

Menurut seorang saksi (wanita) yang enggan dikenali berkata beliau melihat seorang lelaki berdiri di balkoni sebuah rumah di tingkat 32 itu sambil menjerit meminta tolong.

"Saya dengar dia jerit minta tolong setelah terperangkap di dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang tinggal di blok berhadapan dengan blok rumah mangsa kemudiannya turun dari unitnya untuk memaklumkan tentang insiden itu serta mendapatkan bantuan dari pihak keselamatan kondomonium tersebut.

Seorang lagi saksi, wanita Thailand dalam lingkungan 20an berkata beliau terdengar bunyi letupan yang kuat dari atas rumah majikannya.

Dia yang baru 10 hari bekerja sebagai pembantu rumah, tinggal di tingkat 29 daripada 40 tingkat bangunan tersebut.

Katanya sebaik melihat api dan asap, beliau terus lari keluar dan turut menyelamatkan diri.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan