Sidang Umno Bahagian mula Khamis, halusi pindaan perlembagaan

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persidangan perwakilan Umno Bahagian yang bermula Khamis ini selama sebulan, dijangka memfokus syor-syor pindaan Perlembagaan parti itu - yang dilihat paling komprehensif dalam dua dekad ini - untuk dibahaskan Oktober ini.

Setiausaha Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika dihubungi menjelaskan, kesemua 191 bahagian melalui Badan Perhubungan Negeri masing-masing telah diberikan panduan mengenai aspek yang bakal dipinda.

Setiap bahagian boleh memberikan pandangan masing-masing mengenai aspek pindaan yang telah diberikan kepada mereka, kata beliau.

Setiap bahagian boleh menyatakan pendirian masing-masing dan jika ada bahagian yang ingin menambah perkara yang dirasakan perlu, ia boleh diberikan dalam bentuk usul.

"Apa yang kita berikan adalah panduan, jika tidak diberi panduan macam mana mereka hendak bahas dan bincangkan.

"Tapi jika ada bahagian yang mahu memberi pandangan tambahan, mereka boleh berikan (kepada Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan) dalam bentuk usul," kata beliau lagi.

Usul-usul bahagian akan dikumpul dan diperhalusi oleh jawatankuasa tersebut untuk tindakan susulan, kata beliau.

"Kami mahu setiap bahagian sebagai pihak yang mempunyai kepentingan memberikan pandangan mengenai pindaan ini," katanya lagi.

Persidangan bahagian akan berlangsung selama sebulan mulai Khamis ini. Mesyuarat cawangan berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun Wan Farid memberitahu, pihaknya juga telah menerima pandangan-pandangan tidak rasmi daripada cawangan dan bahagian.

Justeru, tambah beliau, pandangan rasmi bahagian hanya akan diterima dalam tempoh sebulan ini.

Selepas menerima pendirian bahagian, katanya, pihaknya akan berupaya menentukan bila satu bengkel khas dapat diadakan untuk membincangkan pindaan.

Satu bengkel khas akan diadakan sebelum pindaan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas yang dijadual berlangsung pertengahan Oktober.

Jawatankuasa pindaan dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Antara pindaan yang bakal diberi perhatian ialah sistem kuota, yuran, tambah jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli diperingkat akar umbi.

Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan dianggotai oleh 23 orang ahli yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga sayap parti, wakil setiap negeri dan ahli yang dilantik.

Bulan lalu, Hishammuddin berkata, semua maklumat mengenai cadangan dan pandangan berkaitan pindaan perlembagaan itu akan diperoleh selewat-lewatnya 16 Ogos selepas mesyuarat peringkat bahagian berakhir.

"Kita akan libatkan seramai mungkin ahli untuk menentukan perkara apa yang ingin dipinda," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan