Pusat Khidmat ADUN Sungai Puyu disimbah cat kali kedua

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Selang enam hari selepas Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh di Taman Dedap dekat sini disimbah dengan cat merah, hari ini kejadian itu berulang lagi.

Kali ini bukan sekadar bahagian depan rumah kedai dua tingkat berkenaan yang disimbah cat mereka, malah terdapat juga lukisan berbentuk lambang dacing beserta tulisan Cina yang dikatakan nama seorang Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan menggunakan pula cat berwarna biru pada pintu pusat tersebut.

Phee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Negeri menyifatkan kejadian kali kedua itu berupa ugutan jenayah bagi dirinya dan meminta polis segera menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian berkenaan.

Ketika bercakap pada sidang akhbar di pusat berkenaan hari ini, katanya, beliau mendapat maklumat daripada orang ramai sekitar pukul 7.30 pagi ini mengenai perkara itu dan segera mengarahkan pembantunya untuk membuat tinjaun.

"Berdasarkan keadaan cat yang masih belum kering, kejadian ini dipercayai dilakukan antara pukul 5 dan 6 pagi. Kali pertama kejadian berlaku ialah pada 8 Julai lalu dan saya rasa orang yang melakukan perbuatan itu hanya mahu melepaskan kemarahannya sahaja, Tetapi apabila ia berlaku sekali lagi hari ini, saya anggap ini ugutan jenayah untuk saya," katanya.

Phee berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.

"Saya percaya perbuatan ini ada unsur politik dan melibatkan lebih dari seorang pelaku dan berdasarkan tulisan pada pintu pusat khidmat ini, ia seolah-olah ditujukan kepada seorang Ahli Majlis MPSP iaitu Soon Lip Chee," katanya.

Pada hujung bulan lalu, Soon telah membuat dua laporan polis berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan yang dipercayai dihantar kepadanya sebagai bantahan kepada pelaksanaan dasar-dasar MPSP terutamanya kepada penjaja.

Phee menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada ancaman sedemikian dan akan menggunakan saluran undang-undang untuk menghentikannya.

"Saya minta kepada pihak yang melakukan perbuatan ini supaya datang berbincang dengan saya sebagai ADUN dan juga exco sekiranya mereka menghadapi masalah dan bukan bertindak seperti ini.

"Saya tidak terlibat dengan sebarang bentuk dasar yang dilaksanakan MPSP dan saya sering menyatakan pendirian saya kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) terutamanya berhubung tindakan terhadap penjaja.

"Pada saya, penjaja hendak mencari makan dan sebarang perubahan yang hendak dilakukan pihak berkuasa perlu memberi alternatif kepada penjaja," katanya sambil menolak andian bahawa perbuatan itu angkara ah long. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan