Ong: KRA lebih penting dari KPI untuk tentukan halatuju kita

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini mengucapkan tahniah kepada Star Publication kerana berjaya melakukan proses perubahan dan transformasi yang membawa kepada hasil yang positif.

Menurutnya pengalaman dan komitmen yang ada akan membolehkan Star Publication menghadapi cabaran pada masa hadapan.

"Sekarang ini adalah masa dimana kita berhadapan dengan 'waktu yang sukar'... maksud saya ialah seperti hasil yang diperolehi dari iklan.

"Tetapi semua masalah itu dapat diatasi sekiranya kita mengunakan pengalaman yang ada dan mempunyai komitmen yang kuat," katanya ketika membuat lawatan ke bangunan Menara The Star.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan kepentingan Bidang Keputusan Utama (KRA) supaya kemahuan dan halatuju syarikat dapat direalisasikan.

"Kita perlu melihat kepada Bidang Keputusan Utama (KRA), melalunyai kita tahu apa yang kita mahukan dan ke arah mana kita selepas ini," ujar beliau yang juga merangkap sebagai Menteri Pengangkutan.

100 HARI NAJIB

Ketika ditanya mengenai prestasi Datuk Seri Najib selepas 100 hari mengambil alih tampuk kepimpinan negara, beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri ke-enam itu telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat.

"Selain daripada 11 perkara penting yang diumumkan oleh Perdana Menteri, beliau juga turut mengenalpasti Bidang Keputusan Utama (KRA) yang akan menjadi keutamaan kerajaan untuk membantu mencapai aspirasi rakyat," katanya.

KEDUDUKAN MCA SELEPAS 8 MAC

Beliau turut menjelaskan keputusan pilihanraya pada 8 Mac lepas merupakan saat yang sukar bukan sahaja kepada MCA tetapi juga kepada BN secara amnya.

Tegasnya, dengan adanya kewujudan 'new media'dan media alternatif yang semakin meluas sekarang ini, pihak pemerintah (BN) perlu lebih mengambil berat tentang kemahuan rakyat dan segera menjalankan transformasi dalam parti.

"Transformasi ini hanya akan berjaya dilakukan sekiranya ada komitmen dan keazaman politik yang kuat," katanya.

PPSMI

Dalam pada itu, Ong menjelaskan bahawa masalah dalam isu PPSMI ialah disebabkan kekurangan tenaga pengajar yang betul-betul mahir untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.

"Ketika membuat polisi itu, kita sebenarnya belum lagi mempunyai tenaga pengajar dan alat bantuan mengajar yang cukup untuk mencapai hasrat tersebut,"

"Sekiranya kita mengunakan buku teks Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi mengajarnya didalam kelas dalam bahasa lain, sudah tentu ini akan menyebabkan pelajar keliru," katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan