Malaysia setuju dengan empat isu berkaitan pembantu rumah Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju dalam empat isu yang berkaitan dengan pembantu rumah warga Indonesia iaitu yang membabitkan soal cuti sehari dalam seminggu, liputan insurans, membaiki standard kontrak dan juga soal bayaran gaji tetap atau bulanan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berkata keputusan yang dibuat sejak beberapa bulan lepas itu adalah antara perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia, manakala lain-lain isu akan dibincangkan dalam mesyuarat berikutnya nanti.

"Tarikh (mesyuarat) berikutnya ditangguhkan, sebagaimana yang diminta pihak Indonesia," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Persidangan Asia e-Learning di sini hari ini.

Menurutnya mesyuarat dua hala itu akan membabitkan beliau dan Menteri Tenaga kerja Indonesia, Erman Suparno di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Mesyuarat itu diadakan ekoran keputusan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia sehingga mesyuarat akan datang bagi membincangkan perjanjian baru berkaitan pekerja migran, ekoran beberapa laporan mengenai kejadian pembantu rumah didera.

"Perbincangan akan berterusan. Kami akan bersepakat dalam perkaraperkara yang dirasakan dapat dipersetujui bersama, dan kami juga mengharapkan bantuan di pihak Indonesia dalam memenuhi beberapa permintaan kami.

"Ia bagi membolehkan satu persekitaran lebih baik dapat diwujudkan, yang akan membuatkan keduadua pihak berpuas hati," katanya.

Sementara itu merujuk kepada epelajaran iaitu pembelajaran secara online menggunakan cakera padat dimana-mana sahaja, Dr Subramaniam berkata kerajaan berharap seluruh rakyat Malaysia akan mahir menggunakan kemudahan yang dibawa hasil teknologi maklumat itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan