Khir Toyo diarah keluar DUN Selangor

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meninggalkan DUN selepas Speaker mengarahkan beliau keluar dewan. Turut sama dengan beliau ialah ADUN BN yang lain sebagai tanda protes dengan arahan itu.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meninggalkan DUN selepas Speaker mengarahkan beliau keluar dewan. Turut sama dengan beliau ialah ADUN BN yang lain sebagai tanda protes dengan arahan itu.

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diarah keluar sidang Dewan Undangan Negeri atas alasan mendakwa Speaker, Teng Chang Khim bertindak berat sebelah.

Teng pada mulanya mengarahkan Dr Khir supaya meminta maaf, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Beliau kemudiannya mengeluarkan arahan supaya Dr Khir keluar daripada Dewan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu kemudian keluar meninggalkan dewan dan semua ADUN Barisan Nasional (BN) turut sama sebagai tanda protes keputusan itu.

Sementara itu lapor Bernama, kejadian itu bermula apabila Dr Khir mengatakan Teng berat sebelah apabila Speaker menakrifkan beliau telah menghina dewan kerana peguamnya telah menyerahkan surat saman kepada Anggota Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim di luar dewan Khamis lepas.

Bagaimanapun, Dr Khir berkata peguamnya menyerahkan surat saman kepada Ng di pekarangan dewan dan bukan di dalam dewan dan oleh itu perbuatannya itu tidak menghina dewan tetapi Teng tidak bersetuju.

Speaker berkata sebarang serahan perintah mahkamah di dalam pekarangan dewan tidak dibenarkan kerana dianggap menghina dewan dan cuba menakutkan anggota-anggota dewan dan perkara ini menjadi amalan di Parlimen anggota-anggota negara Komanwel.

Oleh itu, Teng berharap ADUN Sungai Panjang dan peguamnya supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Teng juga meminta Dr Khir menunjukkan Peraturan Tetap mana yang mengatakan pekarangan dewan tidak ditakrifkan sebagai "di dalam dewan" kerana beliau lebih memahami perkara itu.

"Sebab itu, saya kata Tuan Speaker bias (berat sebelah), kata Dr Khir sambil menambah bahawa sekiranya di dalam dewan, para anggotanya mempunyai kekebalan tetapi di luar bilik persidangan dewan, kekebalan itu tidak ada lagi.

"Saya tidak akan tarik (perkataan Speaker bias (berat sebelah)," kata Dr Khir.

"Tarik balik, kalau tidak tarik balik saya akan halau keluar," kata Teng.

Dr Khir kemudian, keluar daripada dewan negeri pada 11.55 pagi dengan diikuti 11 lagi ADUN BN.

Pada sidang akhbar selepas itu, Dr Khir kesal dengan tindakan menghalau beliau keluar dewan.

Dr Khir berkata sebab utama beliau tidak menarik balik perkataan "Speaker Bias (berat sebelah)" itu adalah kerana peguam beliau menyerahkan surat saman itu kepada Ng kerana memalukan beliau dengan isu rumah agam yang bernilai RM24 juta itu di luar persidangan dewan undangan negeri.

Katanya beliau akan merujuk perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan undangundang selanjutnya kerana menurutnya kuasa Speaker adalah terbatas.

Sementara itu, Teng berkata mengikut Peraturan Tetap Dewan, Dr Khir digantung secara automatik selama sehari kerana beliau tidak menyatakan tempoh penggantungan semasa arahan dikeluarkan.

Speaker mempunyai kuasa untuk menggantung anggota dewan selama satu sehingga lima hari, katanya.

Teng berkata:"Saya amat pantang dikatakan bias (berat sebelah). Saya boleh terima jika tafsiran saya tidak tepat."

Katanya jika beliau berat sebelah, beliau boleh menghukum Dr Khir yang tidak hadir pada sidang petang dewan Jumaat lepas bila Ng mengadu kepada beliau bahawa peguam Dr Khir menyerahkan surat saman di pekarangan bangunan Dewan Negeri tetapi beliau menunggu sehingga hari ini untuk menanyakan Dr Khir sama ada perkara itu benarbenar berlaku.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Khir akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau, Teng berkata: "itu adalah hak dia."

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan