Kerajaan harus berani tentukan sasaran KPI nasional - Najib

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI), yang bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, kini dalam proses terakhir dan akan diumumkan pada hujung bulan ini.

Beliau berkata, KPI kini dalam proses menentukan penanda aras dan sasarannya secara spesifik.

"Saya akan umumkan perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kerajaan pada hujung bulan ini," katanya ketika diwawancara tv1 sempena 100 hari pentadbiran beliau yang disiarkan menerusi RTM1 hari ini. Najib yang ditemu bual Sayed Munawar Sayed Mustar berkata, dalam menentukan sasaran KPI nasional itu, kerajaan harus bersikap berani dan yakin selain mengambil pendekatan realisitik agar ia dapat dicapai.

"Kita mesti berani meletakkan sasaran yang agak tinggi tetapi jangan sampai tidak realistik, jadi kita kena cari tahap yang sesuai.

"Kalau ia tidak memberangsangkan rakyat, mereka akan kata KPI tidak ada makna, tetapi kalau tinggi sangat, dalam setahun tidak tercapai, juga akan kena tempelak," katanya.

KPI Nasional merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) iaitu mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman, serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Najib berkata, dengan adanya KPI Nasional, tanggungjawab untuk meningkatkan pretasi perkhidmatan awam bukan terletak di atas bahu beliau sematamata, sebaliknya semua anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam perlu bersamasama berkongsi tanggungjawab berkenaan.

Katanya, kejayaan kerajaan dan pentadbiran bergantung kepada pencapaian KPI Nasional itu.

"Mungkin lebih mudah bagi Perdana Menteri dan menteri jika kita tidak memilih cara ini (memperkenalkan KPI) kerana bila ada KPI, tekanannya lebih.

"Tetapi saya rasa inilah apa yang dikehendaki oleh rakyat gagasan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", kita mesti buat perkara ini sampai rakyat yakin bahawa ia bukan sesuatu yang retorik," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan