Kelantan isytihar esok cuti umum

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'Cuti Peristiwa'. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," katanya.

Esok merupakan hari mengundi pilihan raya kecil DUN Manik Urai yang diadakan ekoran kematian Anggota Dewan Undangan Negeri dari PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas, yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama dahulu.

"Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manik Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu sebagai satu ibadah.

Katanya beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik di mana tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Manik Urai sehingga ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan