H1N1: Semua Pengarah Tourism Malaysia bermesyuarat bincang strategi promosi

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua Pengarah Tourism Malaysia di luar negara akan berbincang mengenai strategi promosi bagi meyakinkan pelancong asing bahawa Malaysia adalah negara yang selamat daripada wabak Influenza A (H1N1).

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata perbincangan bersama 44 pengarah yang akan bermula esok diambil sebagai langkah untuk memastikan pelancong tidak takut untuk datang ke negara ini, sekaligus dapat mencapai sasaran 19 juta pelancong untuk tahun ini.

"Dengan adanya masalah kemelesetan ekonomi dan serangan H1N1, kita tidak mungkin menerima jumlah pelancong yang sama seperti tahun lepas, iaitu 22 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Cheongsam Tercantik di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur, malam ini.

Beliau berkata kementerian mahukan pegawaipegawai ini melakukan komunikasi pemasaran secara langsung dengan pegawaipegawai kerajaan di luar negara dan syarikat penerbangan bukan setakat agensi pelancongan, pengiklanan ataupun media.

Beliau berkata perjumpaan selama dua hari ini akan diadakan di pejabat kementeriannya bermula esok.

Ng berkata jika kementerian gagal memperoleh jumlah pendapatan RM4.9 bilion untuk pada tahun ini, ia akan menjejaskan keseluruhan ekonomi negara kerana ia berkait rapat dengan sektor perkhidmatan yang membuka hampir satu juta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Katanya China akan menjadi fokus utama dalam perubahan strategi promosi kali ini kerana mereka mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

"Pelancong (China) yang menempah pakej untuk melawat negara kita pada bulan ini berkurangan sehingga 10 peratus berbanding tahun lepas," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan