Azmin terus desak rombakan exco

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (ADUN) Mohamed Azmin Ali hari ini terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan EXCO Selangor.

Beliau berkata cadangannya pada Khamis lepas, agar Exco dirombak tidak semestinya memecat manamana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Terserahkan kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada para wartawan sewaktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sungguhpun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan excoexco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak itu telah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Excoexco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu.

Beliau membuat kenyataan itu semasa sidang DUN itu, yang turut tidak senang dengan cara pelantikan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor yang diumumkan Isnin lepas.

Beliau mendakwa, pelantikan anggota majlis berkenaan dibuat tidak selaras dengan prinsip serta semangat kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat(PKR), DAP dan PAS.

Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Anggota Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya, http://weechookeong.blogspot.com/ itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya.

"Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud disebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasaan kepada parti," tambah Azmin. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan