200,000 bakal nikmati pakej baru kelas menunggang motosikal

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Lebih 200,000 orang bakal menikmati kadar baru bayaran latihan menunggang motosikal kelas B2 iaitu 250cc ke bawah seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata dengan kadar baru, pecahan bayaran yang dikenakan Institut Memandu (IM) ialah RM186 tidak termasuk eservice sebanyak RM21 dan kerajaan sebanyak RM4 menjadikan jumlah bayaran pelajar ialah RM211.

"Sebelum ini IM memperoleh RM450 tidak termasuk bayaran eservice RM21 dan kerajaan RM70, menjadikan bayaran yang dikenakan pelajar sebanyak RM541," katanya kepada pemberita di sini.

Kos latihan memandu itu meliputi Kelas KPP, Latihan Asas PraL, Latihan Kemahiran dan Pra Ujian. Solah berharap orang ramai terutama pelajar sekolah berumur 16 tahun ke atas dapat memiliki lesen memandu sah dan tidak timbul masalah kos bagi golongan belia atau berpendapatan rendah.

Bagi lesen belajar memandu (LDL), beliau berkata kadar yang dikenakan menurun kepada RM2 daripada RM20 yang dikenakan sebelum ini namun pengeluaran lesen LDL dan lesen memandu percubaan (PDL) melalui KIOSK eKhidmat akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.

Sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri semalam, Najib mengumumkan "11 hadiah" yang menggembirakan rakyat, antaranya termasuklah pengurangan kadar bayaran latihan menunggang motosikal bagi kelas B2 iaitu 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 Sept ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan