Sokongan masyarakat India bagi Najib meningkat

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kajian secara rawak yang dijalankan oleh MIC menunjukkan sokongan masyarakat India kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meningkat, kata presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

"Kami menjangkakan sokongan itu akan bertambah meningkat lagi dalam beberapa bulan ini," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, sokongan kepada MIC juga meningkat dengan ketara selepas prestasi lemah pada pilihan raya umum tahun lepas, kehilangan enam kerusi Parlimen dan 12 daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri telah menawan hati dan minda kaum India kerana ia bukan sekadar slogan tetapi telah diterjemahkan kepada tindakan yang telah memberi manfaat kepada masyarakat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kepimpinan Pergerakan Pemuda MIC di sini.

Dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre baru-baru ini, didapati kira-kira 74 peratus masyarakat India yang ditemu bual dalam kaji selidik itu menyatakan berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai perdana menteri.

Samy Vellu berkata, peningkatan sokongan kepada Najib di kalangan kaum India adalah disebabkan banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh beliau dan pentadbirannya.

Katanya, 11 inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam termasuk peruntukan RM15 juta di bawah program TEKUN bagi usahawan India telah meningkatkan lagi sokongan kepada beliau di kalangan kaum India.

"Sebelum ini, Perdana Menteri memperuntukkan RM100 juta bagi sekolah tamil, RM20 juta bagi program pembangunan belia India dan saham Amanah Saham Malaysia bernilai RM499 juta," katanya.

Beliau berkata, pengambilan kaum India ke universiti awam dan sektor awam juga semakin meningkat sambil menegaskan hampir sembilan peratus kaum India diambil bekerja dalam perkhidmatan awam.

Samy Vellu berkata, banyak dasar baru dan peruntukan untuk masyarakat India yang diperkenalkan oleh kerajaan terdapat dalam beberapa cadangan yang dikemukakan oleh MIC sejak 18 bulan lepas.

Presiden MIC itu mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mempertimbangkan banyak cadangan yang ddikemukakan parti itu yang secara kebetulan serupa dengan tuntutan yang dibuat oleh pertubuhan India yang lain.

Mengenai pemilihan MIC, Samy Vellu mungkin akan mengumumkan barisannya selepas pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat.

"Saya tidak boleh katakannya sekarang tetapi saya mempunyai calon pilihan saya sendiri (bagi semua jawatan)," katanya.

Pemilihan MIC dijadual pada 12 September manakala pencalonan akan diadakan dua minggu sebelum pemilihan.

Samy Vellu dikatakan menyokong penyandang timbalan presiden parti Datuk G.Palanivel bagi jawatan nombor dua manakala pesaing lain ialah bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam dan naib presiden Datuk S. Sothinathan.

Setiausaha Agung MIC dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam mungkin akan turut bertanding. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan