Najib umum Amanah Saham 1Malaysia, antara 11 pendekatan baru

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SATU MALAYSIA...  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melihat poster induk yang menggambarkan konsep 1Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena majlis
SATU MALAYSIA... Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melihat poster induk yang menggambarkan konsep 1Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" pagi tadi. Pada tanggal 11 Julai ini, beliau memulakan ucapannya pada pukul 11.11 pagi sebagai simbolik selain menerima salaman sekumpulan 11 pelajar mewakili rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang turut menghadiahkannya sebuah pokok Bucida Monileti atau pokok Doa yang akan ditanam di pekarangan Kompleks Perdana Menteri di Putrajaya. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan 10 bilion unit sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam.

Ia antara 11 pengumuman penting - yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan - dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi semalam pada majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat".

"Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia.

"Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini.

"Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang," katanya.

Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.

Kata Najib, menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk mereka di bawah senarai E-Kasih.

"Dalam rangka untuk meratakan kemakmuran kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk skim Amanah Saham Wawasan terutama bagi golongan miskin tegar di bandar.

"Skim ini bertujuan untuk meringankan bebanan mereka terutama di hujung tahun bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.

"Menjelang 2010 seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi sebanyak 10,000 unit untuk isu rumah di bawah senarai E-Kasih," katanya.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa pengguna lebuh raya 80 kali dan lebih dalam sebulan akan mendapat potongan 20 peratus berkuat kuasa 1 September ini.

Lain-lain bidang pendekatan yang diumumkan ialah:

- Dana Tekun ditambah sebanyak RM150 juta bagi faedah peniaga dan penjaja kecil.

- RM15 juta lagi diperuntukkan khusus untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda.

- Lesen memandu: Kadar baru bagi pengambilan lesen motosikal baru kelas B2 (250 cc ke bawah) dikurangkan sehingga RM211 berbanding RM500 hingga RM700 sekarang. Inisiatif baru ini berkuat kuasa mulai 1 September.

- Program Perumahan Rakyat: Ditawarkan kepada warga Wilayah Persekutuan yang menyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat untuk membelinya. Sebanyak 44,000 unit disediakan.

- Peniaga dan penjaja kecil: Pengurangan 50 peratus kadar bayaran pembaharuan lesen penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta merta. Ia melibatkan antara RM10 hingga RM700 setahun. Menyeru kerajaan-kerajaan negeri yang lain mengambil langkah yang sama.

- Tambah pengeluaran permit teksi: Jumlah permit teksi individu ditambah sebanyak 3,000 dalam tiga bulan lagi.

- Mencegah jenayah: Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah, antaranya yang berleluasa seperti ragut dan pencurian kenderaan. Perincian langkah-langkah pencegahan konkrit akan diumumkan penghujung bulan ini.

- Pendaftaran kelahiran: Mahu Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara khususnya di Sabah dan Sarawak terus diperkemas bagi memberi bantuan dan kemudahan yang lebih luas kepada penduduk di pedalaman untuk mendaftarkan kelahiran anak.

- Kewarganegaraan: Usaha untuk menyelesaikan baki permohonan yang belum diputuskan akan dipergiatkan dengan sasaran penyelesaian sepenuhnya penghujung tahun ini. Jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000 dan sehingga Jun 2009, 46 peratus telah selesai dibuat keputusan.

- Infrastruktur: Pelaksanaan program people centric seperti jalan luar bandar dan kemudahan bekalan elektrik dan air akan dipertingkatkan terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada 750 kilometer yang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kepada 1,500 kilometer dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 dan di Semenanjung Malaysia, kerajaan akan meningkatkan pembinaan rangkaian jalan demi kemudahan rakyat.

Bersangkutan liputan bekalan air yang boleh diminum kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak. Ia akan ditingkatkan. Penekanan yang sama juga akan diberikan kepada liputan bekalan elektrik. Sasaran dan KPI untuk peningkatan ini akan dikemukakan pada hujung bulan ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan