Cegah jenayah, perangi rasuah antara 6 KPI Nasional

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MERIAH TAPI BERBEZA...  Majlis
MERIAH TAPI BERBEZA... Majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" pagi tadi menyaksikan sambutan rakyat pelbagai lapisan masyarakat terhadap pendekatan kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Kira-kira 4,000 orang membanjiri Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis hari ini. Antara kelainan majlis hari ini ialah tetamu yang hadir duduk bebas tanpa mengira protokol termasuk anggota Kabinet duduk bersama rakyat jelata. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional diumumkan semalam merangkumi enam bidang keberhasilan utama (KRA) termasuk usaha mencegah jenayah dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuklah usaha meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Dua bidang lain ialah memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, dan menambah baik pengangkutan awam sebagai jangka masa sederhana.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di ibu negara pagi semalam.

Butiran akan diumumkan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, kata Najib di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini dengan majlis itu disiarkan menerusi televisyen.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu.

KPI adalah antara pendekatan pembaharuan pentadbiran diperkenalkan oleh beliau apabila mengumumkan pembentukan barisan Kabinetnya.

Hujung minggu lalu Kabinet telah mengadakan sesi retreat selama dua hari bagi menghalusi KPI peringkat menteri.

"Seawal memegang tampuk pentadbiran tertinggi negara, saya telah mengumumkan KPI bagi rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan.

"Tujuan saya mewujudkan KPI bagi anggota pentadbiran dan anggota perkhidmatan awam ini adalah untuk memastikan terdapat garis panduan jelas kepada kedua-dua penggubal dan pelaksana dasar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

"Ia juga menyediakan landasan yang jelas kepada rakyat untuk menilai prestasi mereka. Saya percaya langkah ini akan dapat mengukuhkan prinsip kebertanggungjawaban," katanya.

Dalam ucapannya kira-kira 40 minit, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengumumkan laporan kemajuan pendekatannya sepanjang 100 hari lalu.

"Dengan rahmat Yang Maha Esa jua, genaplah 100 hari ini, saya menjunjung amanah sebagai Perdana Menteri dan sekali lagi saya berdiri dengan penuh sukacita melaporkan beberapa kemajuan perkara yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan sejak hari pertama," katanya.

Menurut beliau, segala rencana dan susunan agenda sepanjang 100 hari lalu merangkumi tiga aspek iaitu kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi, hak asasi manusia dan kebebasan media serta peningkatan kecekapan penjawat awam dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan