100 hari pertama Hari Rakyat Malaysia - Najib

Diterbitkan: Ahad, 12 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri semalam adalah penuh bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana Perdana Menteri telah membuat 11 pengumuman mesra rakyat, antaranya membabitkan diskaun untuk pengguna jalan bertol, memerangi kemiskinan tegar di bandar, program pemilikan rumah sendiri untuk golongan berpendapatan rendah serta pengurangan bayaran lesen penjaja.

Selain itu, dalam majlis yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Najib turut menggariskan enam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), secara lebih berkesan lagi.

Ketibaan Najib yang berpakaian baju warna putih lengan pendek dengan logo 1Malaysia di sebelah kanan bajunya, bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sambut meriah oleh ribuan rakyat pelbagai kaum yang sudah sedia menunggu awal pagi lagi.

Turut hadir di majlis itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, barisan Kabinet dan timbalan menteri, pemimpin masyarakat dan parti politik, pemimpin kesatuan sekerja, pelajar, petugas awam serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan.

Najib sendiri menyifatkan hari tersebut sebagai "Hari Rakyat Malaysia" dan perjumpaan beliau bersama rakyat pada genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lepas, sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah."

Di majlis itu, beliau memberikan ucapan hampir 50 minit, yang dimulakan tepat 11.11 pagi, menandakan genap 100 hari menjadi Perdana Menteri keenam negara yang jatuh pada hari ini, 11 Julai.

Di akhir majlis, beliau melancarkan pameran 1Malaysia.

Najib berkata pada mulanya, cadangan adalah untuk membuat siaran langsung ucapan beliau dari Jabatan Perdana Menteri sempena 100 hari menjadi Perdana Menteri ini.

"Tapi (ini bermakna saya) tidak ada di sisi rakyat. Jadi (cadangan) itu tidak dapat diiakan (dipersetujui). Konsep Rakyat Didahulukan, maka timbul cadangan diadakan satu perhimpunan yang cerminkan dukungan 1Malaysia yang mana kita tidak pentingkan kita duduk di mana.

"Kita tidak pentingkan soal protokol... tidak pentingkan bunga manggar atau kompang. Yang penting kita bersama dengan rakyat Malaysia," katanya memberi sebab mengapa majlis ini dibuat sebegini yang menyaksikan ada beberapa menteri yang duduk bersimpuh di bawah bersama rakyat.

"Saya amat terharu... tiada batasan antara kita. Menteri duduk bersimpuh di bawah. Menteri Luar (Datuk Anifah Aman) yang biasa dengan bankuetbankuet di peringkat antarabangsa hari ini duduk bersimpuh di bawah bersama anakanak muda," katanya yang menyifatkan majlis yang menyaksikan "menteri dan pemimpin boleh duduk di mana-mana" sebagai yang pertama dalam sejarah negara. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan