Pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih belum cergas

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang menghargai semua peruntukan yang diberikan kerajaan pusat, namun ia masih belum dapat menampung pembangunan infrastruktur di negeri itu, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih tidak begitu cergas berbanding negeri lain.

"Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas projek ini (projek infrastruktur yang dibantu kerajaan pusat) tetapi ia masih tidak dapat menampung pembangunan infrastruktur yang tidak begitu cergas berbanding negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke71, di sini, hari ini.

Lim berkata kerajaan pusat telah memberi peruntukan untuk melaksanakan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM4.5 bilion, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM250 juta), pembesaran Empangan Mengkuang (RM1 bilion) dan penaiktarafan Keretapi Bukit Bendera (RM60 juta).

Lim berkata kerajaan negeri akan berusaha untuk meminta bantuan kerajaan pusat bagi menaik taraf hospital, pembersihan Sungai Pinang dan Sungai Juru, Pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Terminal Kargo Udara Bersepadu dan landasan lapangan terbang kedua.

Selain itu, katanya projek tebatan banjir, menaik taraf jalan raya, Pelabuhan Pulau Pinang dan feri serta meningkatkan kemudahan pelancongan dan latihan industri amat diperlukan.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri mahukan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

"Sungguhpun pandangan bukan berlainan, pendirian berbeza tetapi kita masih dalam satu keluarga bak kata pepatah "air dicincang tidak akan putus"," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya meminta penduduk negeri ini merebut peluang ekonomi global yang wujud bagi mempertingkatkan pendapatan dan operasi perniagaan masing-masing. "Dalam konteks ini, peluang perniagaan yang terdapat dalam industri Halal Hab yang turut mempunyai potensi pasaran meluas di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau juga mahu aspek pemuliharaan alam sekitar tidak dilupakan dalam usaha kerajaan negeri mengejar kemajuan serta merebut peluang yang disediakan.

"Negeri ini sebenarnya dianugerahkan pantai yang cantik, laut yang tenang, hutan khatulistiwa yang penuh dengan flora dan fauna yang perlu dipelihara supaya tidak terjejas oleh kesan pembangunan tidak terancang," katanya.

Seramai 158 daripada 793 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan