Najib umum KPI nasional hari ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika ditemu bual oleh sekumpulan wartawan dari Indonesia di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Lapan wartawan itu mewakili Sinar Harapan, Republika, Media Indonesia, agensi berita ANTARA, Jakarta Post, Kompas, majalah GATRA dan Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI). Mereka merupakan wartawan asing pertama menemu bual Mohd Najib selepas dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada Jumaat lepas. --fotoBERNAMA
PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika ditemu bual oleh sekumpulan wartawan dari Indonesia di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. Lapan wartawan itu mewakili Sinar Harapan, Republika, Media Indonesia, agensi berita ANTARA, Jakarta Post, Kompas, majalah GATRA dan Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI). Mereka merupakan wartawan asing pertama menemu bual Mohd Najib selepas dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia pada Jumaat lepas. --fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional hari ini sempena 100 hari beliau menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Kita akan gubal, kita akan perkenal KPI nasional... kita akan kenal pasti lima hingga enam bidang yang dekat dengan rakyat.

"Saya akan mengumumkan bidang-bidang utama (KPI nasional) pada 11 Julai ini iaitu genap 100 hari (menjadi Perdana Menteri), lima hingga enam bidang utama," kata beliau dalam ruangan soal jawab menerusi video ketika menjawab soalan salah seorang pengunjung blognya dari Pekan, Pahang.

Hari ini genap 100 hari Najib menerajui negara sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Isnin lalu, Najib berkata, beliau akan mengumumkan Bidang Keputusan Utama (KRA) dan KPI negara yang akan menjadi keutamaan kerajaan bagi tempoh beberapa tahun akan datang, dalam masa terdekat.

"Ini merupakan satu pendekatan yang akan memberi nafas baru dalam usaha kita membawa negara ke tahap yang lebih berjaya lagi," katanya.

"Di mana kita akan mengenal pasti lima atau enam bidang yang kita anggap dekat dengan rakyat, yang rakyat ingin kerajaan laksanakan, yang rakyat ingin melihat sebagai bidang keputusan utama atau KPI nasional dan saya akan umumkan pada ucapan saya 11 Julai, apakah dia lima atau enam bidang keputusan utama ini dan KPI nasional ini.

"Dan, butirannya saya akan susuli apabila saya berjumpa dengan pegawai-pegawai kerajaan, kemungkinan besar akhir bulan Julai ini, insya-Allah.

"Jadi apabila kita mengetahui apakah KPI nasional ini, jadi rakyat boleh mengukur usaha kerajaan, prestasi kerajaan dan rakyat juga memberikan pandangan dan reaksi bagaimana usaha kita untuk mencapai KPI nasional ini tercapai," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan