Abdullah minta rakyat beri sokongan kepada Najib

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi Sabtu ini meminta rakyat memberikan sokongan dan melaksanakan dasar-dasar yang digariskan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi memastikan usaha Perdana Menteri memulihkan ekonomi dan membangunkan negara berjalan lancar.

Beliau berkata, selain menyambut dengan positif apa juga dasar yang telah diumumkan Perdana Menteri itu, mereka juga perlu menjayakan pelaksanaannya sebaik mungkin mengikut kaedah yang ditetapkan kerajaan.

"Selepas semua dasar-dasar diumumkan, selepas semua pendekatan-pendekatan yang telah difikirkan telah pun ditetapkan, yang penting ialah pelaksanaan.

"Menjadi perkara penting bagi rakyat bukan hanya menyambut dasar itu tetapi daripada segi melaksanakan dasar-dasar itu mengikut apa yang dikehendaki oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Keceriaan Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, di sini.

Turut hadir pada program gotong royong mengindahkan bekas sekolah Abdullah itu ialah isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata, selain rakyat, sektor swasta juga perlu menjayakan pelaksanaan segala dasar yang telah diumumkan kerajaan itu.

Beliau bersyukur kerana dalam tempoh 100 hari pada hari ini, Najib telah membuktikan kemampuannya mentadbir negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pendekatan untuk memulihkan ekonomi negara.

Selain itu, katanya, Perdana Menteri juga telah memperkenalkan beberapa langkah lain yang membawa pembaharuan kepada ekonomi Malaysia dalam tempoh yang singkat itu.

"Saya gembira dan bersyukur pada Allah Subhanahuwataala kerana Datuk Seri Mohd Najib, Perdana Menteri kita telahpun membuktikan dalam masa 100 hari, beliau telah dapat membawa pelbagai perubahan, pelbagai pendekatan untuk bukan sahaja memulihkan ekonomi kita tetapi juga memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Hari ini, genap 100 hari Mohd Najib menjadi Perdana Menteri keenam negara. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan