Tun Mahathir mahu lebih banyak dana diperuntuk kepada R&D

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak dana secara lebih bebas kepada industri atau syarikat yang mempunyai potensi untuk menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D), kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dana seumpama itu akan menggalakkan pihak berkenaan melakukan lebih banyak kajian dalam pelabgai bidang, katanya pada majlis pelancaran Solusi Alam Sekitar Iris, di sini semalam.

Beliau juga berkata walaupun kerajaan telah menyedikan banyak wang untuk membiayai R&D, namun ia tidak boleh mengharpkan hasil segera daripada penyelidikan yang dijalankan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui kemudiannya memberitahu pemberita, kerajaan akan menyokong sebarang projek R&D yang mempunyai potensi dan dapat membri manfaat kepada rakyat.

"Kita akan lihat kepada projek berkenaan. Sekiranya ia mempunyai potensi dan berpeluang untuk berjaya, saya rasa kita akan menyokongnya. Kita liberal lah sikit," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Peter Chin berkata ia amat membanggakan apabila syarikat seperti Iris Corporation Berhad mengambil inisiatif untuk menggunakan tenaga yang diperbaharui sebagai solusi kepada alam sekitar yang lebih mesra.

Solusi baru alam sekitar yang dilakukan Iris bermula dengan air bersih yang boleh diminum, makanan, haba, tenaga yang diperbaharui dan sistem pengurusan bahan buangan yang berkesan.

"Adalah menjadi harapan saya yang kita akan mempunyai lebih banyak peserta aktif dari pihak swasta dalam penggunaan teknologi hijau bagi mempertingkat persaingan ekonomi mereka selain menyumbang kepada kelestarian masa depan kita semua," kata Peter Chin. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan