Tindakan tegas terhadap pihak yang memperdagangkan manusia - Abu Seman

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak yang mendapat manfaat dari mengeksploitasi orang yang diperdagangkan sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Ini termasuk mereka yang membuat, mendapatkan, memberi dan menjual dokumen perjalanan atau pengenalan yang bertujuan membantu kegiatan penyeludupan, katanya pada majlis penutup kursus untuk para hakim dan pendakwa Asean di sini semalam.

Abu Seman berkata jumlah orang yang diperdagangkan meningkat di peringkat serantau dan antarabangsa di mana tahun lepas sahaja, terdapat 10 pendakwaan dilakukan, termasuk kes eksploitasi seks terhadap wanita dan kanak-kanak.

Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Laporan Penyeludupan Manusia 2009 turut menyenaraikan Malaysia di dalam kegiatan memperdagangkan manusia.

"Ini tidak akan melemahkan semangat kita untuk memperkasakan penguatkuasaan antipenyeludupan manusia," kata Abu Seman. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan