Pilihanraya kecil Manek Urai penting bagi BN, kata Ong

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: MCA akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Selasa ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Walaupun ia merupakan pilihan raya kecil bagi merebut satu kerusi sahaja, katanya kerusi DUN ini dianggap penting bagi menjamin masa depan rakyat dan kerajaan BN keseluruhannya.

Beliau, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Manik Urai menjadi penentu kelangsungan perjuangan BN dan kemenangan BN akan membuktikan kepada rakyat bahawa parti pemerintah itu diterima rakyat untuk terus berkhidmat membangunkan negara.

"Sebab itu, walaupun pengundi Cina hanya terdapat 56 orang di kawasan DUN itu, tetapi MCA tetap memberi sokongan padu bagi memastikan calon BN menang dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Kelantan, di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang juga Naib Presiden MCA, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ong berkata walaupun pilihan raya kecil DUN Manik Urai itu tidak dapat mengubah corak politik negara, tetapi ia memberi perubahan senario politik di kalangan partiparti komponen BN keseluruhannya.

Menyatakan bahawa MCA tetap berdiri teguh bersama BN, beliau berkata: "MCA menganggap pilihan raya ini penting dan kita memberi sokongan padu walaupun kita tahu jumlah pengundi Cina adalah kecil berbanding pengundi Melayu." BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan