Kapal selam pertama Malaysia mulakan pelayaran pulang

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman berlepas dari Toulon, Perancis dalam pelayaran sulung yang bersejarah menuju ke Malaysia pada 11 pagi semalam.

Kedutaan Malaysia di Paris dalam kenyataan yang dihantar ke sini, berkata upacara pelepasan kapal selam itu dilakukan oleh Duta Malaysia ke Perancis Datuk S. Thanarajasingam.

Turut hadir pada upacara itu ialah Atase Pertahanan Kapten Khairuddin Mohd Ariff dan para pegawai dari pasukan projek kapal selam Malaysia selain pegawai kanan tentera laut Perancis yang diketuai oleh Laksamana Yann Tainguy.

Kapal selam itu dianggotai oleh 35 anak kapal dan diketuai oleh Komander Zulhelmy Ithnain dari Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kapal selam berkenaan dijangka singgah di Lumut dan Pelabuhan Klang selama beberapa hari sebelum meneruskan pelayaran ke Pangkalan TLDM Sepanggar di Sabah.

Selain itu, ia akan turut singgah di pelabuhan utama seperti Jeddah, Djibouti dan Cochin, sebelum sampai ke Malaysia.

Projek kapal selam itu bermula apabila Malaysia menandatangani perjanjian untuk membeli dua buah kapal selam pada 2002.

Kapal selam pertama telah pun siap dengan KD Tunku Abdul Rahman memulakan pelayarannya, dan dijangka tiba di pangkalan TLDM di Sepanggar menjelang awal September. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan