Isu rumah agam Dr Khir hangat diperbahaskan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam hangat dengan isu rumah agam bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM24 juta.

Isu itu mula dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mempersoalkan kemampuan Dr Khir untuk memiliki dua lot tanah dan rumah agam itu.

Beliau secara sinis berkata mungkin Dr Mohamad Khir mempunyai begitu ramai pelanggan di klinik giginya di Kajang yang menjadi sumber pendapatan beliau semasa sebelum menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menjawab pendapatan daripada klinik giginya adalah tinggi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencabut gigi tetapi juga perkhidmatan kosmetik pergigian.

"Harga kos implan gigi adalah tinggi iaitu RM40,000 ke RM50,000 bagi satu implan gigi," katanya memberikan contoh.

ADUN Sungai Panjang itu berkata bahkan sebelum beliau menjadi Menteri Besar beliau sudah memiliki Mercedes Benz.

Kemudian Ng bangkit dan meminta Dr Mohamad Khir membuktikan pendapatannya dengan menunjukkan resit pembayaran cukai pendapatan.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) kemudian mencelah dengan bertanya sama ada beliau sanggup menjual rumahnya itu dengan harga RM8 juta iaitu dua kali ganda daripada harga rumah dan tanah itu yang dibelinya pada harga RM3.5 juta melalui pinjaman HSBC Bank tiga tahun lepas.

Dr Mohamad Khir menjawab: "Saya setuju jual rumah itu RM24 juta kerana ia adalah andaian" dan menegaskan rumah itu juga boleh dijual dengan harga RM8 juta dengan syarat digantikan dengan sebuah tapak rumah lain.

Bekas Menteri Besar itu kemudian menegur sikap ADUN itu yang tidak mempunyai kerja lain cuma mencari kesalahan orang lain sejak kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Sepatutnya beri tumpuan kepada meningkatkan ekonomi dan pendapatan kerajaan negeri, katanya.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan