Dokumentasi kandungan peti simpanan Tunku dibentang pada Kabinet

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendokumentasian barangbarang di dalam peti besi milik bekas Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum dipamerkan kepada umum, kata Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Sidek Jamil.

Beliau berkata pendokumentasian barang-barang itu sudah siap disenaraikan dan telah dikemukakan kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Kita akan maklumkan kepada Kabinet dahulu mengenai bahanbahan yang akan dipamer...ada 46 barang semuanya dalam peti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan portal versi baru Arkib Negara dan pembukaan Kursus Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) 2009 di sini, hari ini.

Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Antara kandungan peti besi itu termasuk jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya daripada bekas Datuk Bandar New York Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit daripada Yang diPertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan daripada bekas Presiden Taiwan Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.

Sidek berkata perancangan untuk mempamerkan khazanah itu harus dilakukan dengan teliti terutamanya dari segi keselamatan dan kesesuaian tempat pameran.

"Kami sedang membuat persiapan namun masih ada beberapa perkara yang belum diputuskan lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata arkib telah mendapat pengiktirafan ISO pada bulan lepas kerana berjaya mendokumentasikan bahanbahan terkini berbentuk Khidmat Pesanan Ringkas (SMs) supaya terpelihara menjadi bahan arkib pada masa depan.

Katanya Arkib Negara akan terus menambahkan jumlah bahan arkib yang ditukarkan ke dalam bentuk digital supaya disebarkan melalui laman web di samping memelihara keasliannya dalam simpanan Arkib Negara. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan