100 HARI: PEMBAHARUAN, PENCAPAIAN NAJIB

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN... Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu. Perbualan selama 20 minit itu membincangkan pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan bersama Malaysia dan Amerika Syarikat. --fotoBERNAMA
HUBUNGAN... Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu. Perbualan selama 20 minit itu membincangkan pelbagai persoalan yang melibatkan kepentingan bersama Malaysia dan Amerika Syarikat. --fotoBERNAMA

BERIKUT adalah pendekatan, dasar dan program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak menerajui kerajaan pada 3 April lalu.

PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN

Kesejahteraan Rakyat

i. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

ii. Melakukan tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat

- Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat

iv. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-hospital kerajaan

v. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur

vi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tuanku Abdul Rahman

vii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera

viii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya demi keselesaan penumpang

ix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum

Hak Asasi dan Kebebasan Media

i. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.

ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan

iii. Mengumumkan akan mengkaji ISA

iv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para pemimpin Hindraf

v. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab

Ekonomi dan Kewangan

i. Melakukan liberalisasi ke atas 27 subsektor perkhidmatan

ii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan

iii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion

iv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat memantau pelaksanaan projek

v. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada para peniaga kecil dan penjaja

vi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggi

vii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sekarang

viii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modal

ix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC)

x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai institusi pelaburan baru dalam negara

xi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa

Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam

i. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan.

ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLC

iii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak terlalu memakan masa yang panjang

iv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan perkhidmatan awam

vi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1987

vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang)

viii. Menggubal dua skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai 2009

Politik

i. Mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan Umno dan sistem pemilihan parti supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat membendung gejala politik wang

Sosial

i. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara

ii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua Felda

iii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan

iv. Mencadangkan penubuhan Baitulmal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeri

v. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan, jenayah dan pengangkutan

Pembangunan Baru

i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.

ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya

Dasar Luar

i. Melakukan lawatan rasmi ke China

ii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan