Tiada pertambahan waktu persekolahan meskipun waktu BI ditambah Alimuddin

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada pertambahan waktu persekolahan meskipun waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata pertambahan waktu BI akan diambil daripada mata pelajaran lain, misalnya masa pembelajaran muzik akan dipendekkan untuk dipindahkan kepada pengajaran BI. "Langkah itu bagi memastikan guru dan pelajar tidak terbeban," katanya pada sidang akhbar khas mengenai tawaran baru sistem pendidikan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan BI di sini hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masingmasing mulai 2012.

Berikutan itu mata pelajaran BI akan dimantapkan dengan pertambahan waktu pembelajaran mata pelajaran itu.

Mengenai elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang dibayar kepada guru yang mengajar tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan BI, Alimuddin berkata perkara itu akan dimumumkan kemudian sama ada pemberian insentif akan diteruskan atau sebaliknya.

Sekarang pembayaran BISP sebanyak lima peratus daripada gaji pokok diberikan kepada guru lepasan universiti manakala sepuluh peratus kepada guru bukan lepasan universiti.

Mengenai tambahan seramai 13,000 guru BI terlatih termasuk 600 guru sudah bersara yang akan diambil bagi memantapkan lagi pengajaran mata pelajaran itu, Alimuddin berkata semua guru BI yang telah bersara boleh memohon terus kepada Kementerian Pelajaran untuk diambil secara kontrak.

"Bagi memudahkan pengambilan dibuat, semua guru yang berjaya dipilih akan ditempatkan berdekatan rumah mereka. Tahap umur yang ditetapkan bagi mereka yang boleh memohon masih dalam perbincangan," katanya.

Mengenai pengambilan 1,000 guru terlatih BI dari luar negara pula, beliau berkata perbincangan mengenai perkara berkenaan masih dijalnkan dengan beberapa negara seperti Australia, New Zealand, India dan United Kingdom.

Mengulas mengenai masalah penyediaan buku teks terutamanya bagi kumpulan pelajar yang telah mengikuti Sains dan Matematik dalam BI, kemudian belajar dalam BM pula, Alimuddin berkata kementerian akan menjalankan kajian mengenai perkara itu.

"Kemungkinan buku teks akan dicetak dalam dwibahasa untuk mengelakkan timbul masalah di kalangan pelajar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin berkata setakat ini kementerian masih belum membuat keputusan berhubung cadangan melaksanakan peraturan mewajibkan pelajar lulus BI dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata melalui ribuan emel dan maklum balas yang diterima setakat ini, 80 peratus menyatakan persetujuan berhubung perkara itu tetapi dengan syarat perlu disediakan guru BI yang benarbenar terlatih serta kemudahan pembelajaran yang efisien.BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan