Semua projek koridor utara berjalan seperti dijadualkan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan di bawah Koridor Utara berjalan seperti yang dijadualkan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9), katanya kerajaan telah memperuntukkan RM750 juta kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membangunkan kawasan tersebut.

"Secara asasnya, mereka mengikut jadual.

"Bagaimana pun, beberapa projek berbentuk perintis di mana kita mahu mencuba projek itu sebelum kita laksanakan secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketiga NCIA di pejabatnya Khamis.

Najib menjelaskan projek yang terkandung di dalam Pelan Induk Koridor Utara merangkumi tiga sektor utama iaitu pertanian, pembuatan dan pelancongan serta disokong oleh sektor infrastruktur, pendidikan dan modal ihsan dan pembangunan sosial.

"Ada beberapa projek telah pun diuruskan seperti projek perintis, Pusat Amali Pengusaha Tani di Kampung Bukit Kura, Kedah yang bertujuan memperkenalkan pertanian secara komersil," katanya.

Projek itu menerapkan konsep pertanian bersepadu secara mudah merangkumi aktiviti tanaman jangka masa pendek secara "rumah hijau" dan terbuka, penternakan ayam serta pemasaran.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga membangunkan projek perintis yang dikenali sebagai projek SawahKU Maju yang melibatkan kawasan seluas 81 hektar di Gunung Semanggol, Perak, dengan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi sebanyak 8.0 hingga 10 tan sehektar.

Dalam sektor pembuatan, Najib berkata kerajaan akan membangunkan projek Pusat Kecemerlangan di kawasan Zon Industri Bebas di Pulau Pinang untuk meningkatkan tahap kelayakan siswazah kejuruteraan bagi menampung keperluan pelabur dalam sektor elektronik, yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini.

Dalam sektor pelancongan, katanya satu pelan induk pembangunan dan pelan induk pengurusan bersepadu disediakan untuk membangunkan Hutan Tropika Belum di Temenggor, Perak untuk memelihara khazanah alam.

"Kita juga akan bangunkan Taiping, Perak sebagai bandar pelancongan warisan dan satu peruntukan khas akan disediakan untuk membangunkan Safari Taiping," katanya.

Najib berkata kerajaan juga membangunkan projek perintis Edu Citi-Tel iaitu kemudahan asrama berintegrasi di Taiping untuk pelajar sekolah rendah tahun lima dan tahun enam yang berasal dari kalangan keluarga luar bandar yang berpendapatan rendah.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan turut membangunkan projek infrastruktur seperti menaik taraf jalan ladang di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Ampang Jajar, Kedah yang melibatkan 351 kilometer dengan kos RM84 juta sedang dalam pembinaan dan dijangka siap secara berperingkat antara Mei 2009 hingga April 2010.

Kerajaan turut membangunkan Taman Teknologi Pauh, Perlis, seluas 30.3 hektar dengan tujuan untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan