Pemansuhan PPSMI bukan proses mudah - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pemansuhan proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah bukan satu proses yang mudah.

Beliau yang kini Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu bagaimanapun mendapat sokongan majoriti yang melihat ia sebagai tindakan paling wajar berdasarkan fakta dan kajian terhadap prestasi akademik murid yang kurang memberangsangkan.

"Pendekatan dan keputusan yang dibuat bersandarkan kepada keadaan dan realiti yang berlaku dan selepas enam tahun kohort pertama melalui PPSMI.

"Justeru semua pihak harus sedar bahawa keputusan yang dibuat bukan mudah, dan mustahil mampu memenuhi kehendak semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2012 di semua sekolah kebangsaan.

Menurut beliau, semua pihak perlu melihat keputusan itu dengan hati terbuka dan dalam konteks yang lebih luas memandangkan ia telah melalui perjalanan proses yang begitu panjang, bermula dari perbincangan meja bulat sehingga ke peringkat akar umbi.

"Saya juga nak ucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin merangkap Menteri Pelajaran kerana membentangkan hujah pemansuhan dengan lengkap bersandarkan kepada fakta, kajian dan pencapaian pelajar," katanya.

Segala keputusan Kementerian Pelajaran katanya, telah diambil selepas menggunakan secukup masa untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

"Saya sendiri setuju dengan dasar-dasar baru yang dibentangkan dan banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pengajar," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan