Nasharudin turun kempen bantu PAS di Manek Urai esok

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS kawasan Manek Urai, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah hari ini mengesahkan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan turun berkempen di sini esok.

“Insya-Allah YB Nasharudin akan turun berkempen bersama-sama dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pasar basah Laloh pada pukul 5 petang esok,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelasnya, kehadiran Nasharudin menafikan fitnah yang dibawa oleh Umno ketika berkempen di Manek Urai.

Dengan pengesahan Wan Rahim itu PAS cuba mengakihiri kemelut politik yang mengatakan PAS Kelantan meminggirkan Nasharudin daripada berkempen di Manek Urai. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa turut mengesahkan Nasharudin akan turun berkempen di Manek Urai esok.

Dalam satu pesanan ringkas balas daripada telefon bimbit ahli Parlimen Bachok itu kepada The Star Online, isterinya mengesahkan Nasharudin berada di hospital.

Sementara itu, wartawan mStar Online melaporkan sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.

Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.

Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi.

Ia berlarutan kira-kira sejam.

Sebelum ini, isu ketiadaan Nasharudin terus menjadi fokus kerana ada pihak mengatakan PAS Kelantan menghalang beliau berkempen di Manek Urai.

Selasa lalu, Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Abdul Fatah Harun berkata, mereka tidak pernah meminggirkan Nasharudin daripada senarai penceramah di Manek Urai.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan