Menteri ke China jelas kedudukan H1N1

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen akan melawat China untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai rebakan Influenza A (H1N1) di Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia dalam keadaan selamat dan terdapat tindakan pemantauan ketat di setiap pintu masuk negara ini.

Beliau berkata kebimbangan mengenai penyakit itu juga dikenali sebagai selesema babi mengakibatkan penurunan bilangan pelancong ke negara ini dan ini amat ketara di kalangan pelancong dari China dan Jepun.

"Pasaran China setiap tahun sekitar waktu ini dalam Julai biasanya membuat tempahan untuk Oktober. Ramai pengusaha pelancongan melaporkan penurunan jumlah tempahan awal sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita pada pelancaran Klang Commercial Athletic Club, di sini semalam.

Dr Ng berkata beliau akan melawat lima bandaraya utama di China, iaitu Beijing, Shanghai, Wuhan, Shenzen dan Guangzhou, tempat dari mana ramai pelancong datang ke Malaysia.

Menteri itu berkata kementeriannya merancang membina bilikbilik air untuk kemudahan pelancong dan menswastakan pengendaliannya kepada usahawan kecil seperti ibu tunggal dan kumpulan berpendapatan rendah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan