Kesengsaraan masyarakat Palestin di Gaza harus diberi perhatian - Dr. Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tragedi dan kesengsaraan yang menimpa pendudukpenduduk Palestin di Gaza harus mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua lapisan masyarakat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, Dr Mahathir berkata kekejaman rejim Israel jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan seharusnya semua pihak bersatu bagi menentang kekejaman itu.

Katanya, penderitaan rakyat Palestin yang masih belum berakhir kian dilupakan oleh masyarakat setempat, termasuk oleh media arus perdana walhal mereka kini diselubungi kesengsaraan yang sangat dahsyat.

"Mereka tiada tempat tinggal, tiada tempat untuk berlindung dan menderita tanpa bekalan makanan dan perubatan yang mencukupi. Ada bantuan yang cuba disalurkan oleh pihakpihak yang prihatin, tapi disekat oleh rejim Israel," katanya.

Beliau berkata, penderitaan rakyat Palestin dijangka akan menjadi bertambah buruk dengan kedatangan musim sejuk akhir tahun ini, justeru mereka sangat memerlukan pelbagai bantuan, termasuk bahan-bahan untuk membina kembali kediaman yang telah musnah.

"Apa sahaja bantuan yang disalurkan akan disekat oleh tentera Israel. Walaupun ada cubaan untuk masuk ke Gaza termasuk melalui perairan Cyprus, namun ia kerapkali terhalang oleh seranganserangan dari kapal tentera laut Israel," katanya.

Dalam sidang akhbar yang turut disertai oleh dua wakil badan bebas Free Gaza Movement itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau dijangka akan berlepas ke Cyprus pada 16 Julai ini bagi meraih perhatian sejagat terhadap keganasan di Gaza.

"Ini ialah masalah kemanusiaan sejagat. Saya harap kita akan berhasil untuk mendesak Israel agar membenarkan bantuan masuk ke Gaza. Menurut undang-undang antarabangsa, tindakan oleh Israel ini adalah salah.

"Sebanyak USD4 juta telah berjaya diraih oleh komuniti antarabangsa tetapi tidak berjaya disalurkan ke Gaza kerana sekatan oleh mereka," katanya.

Mengulas mengenai desakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama agar Israel menghentikan serangan kejam ke atas Gaza, Dr Mahathir berkata kredibiliti dan kewibawaan presiden itu kini menjadi persoalan ramai selepas berdiam diri apabila sebuah bot milik Free Gaza Movement diserang oleh tentera laut Israel pada 30 Jun lalu.

"Apa yang dikehendaki oleh Obama adalah perkara sama yang cuba dilakukan olen Cynthia McKinney. Tetapi apabila bot yang dinaikinya diserang dan beliau sendiri ditahan, tidak ada sebarang reaksi dari Obama. Ini melibatkan rakyat Amerika sendiri," katanya.

Cynthia McKinney merupakan bekas Ahli Kongress Amerika yang kini berkhidmat sebagai sukarelawan bersama Free Gaza Movement.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Free Gaza Movement, Huwaida Arraf berkata pihaknya amat mengharapkan penyertaan pelbagai pihak untuk bersama membantu menghulurkan bantuan dan sokongan terhadap mangsa Israel di Gaza.

Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendaftar sebagai sukarelawan Free Gaza Movement boleh dibuat dengan melayari laman web www.freegaza.org, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan