Kes demam denggi dan Chikugunya catat penurunan

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 691 kes demam denggi dilapor kepada Kementerian Kesihatan pada minggu 26 iaitu dari 28 Jun hingga 4 Julai.

Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 58 kes atau lapan peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu bagi tempoh 21 Jun hingga 27 Jun yang mencatat 749 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini berkata hanya empat negeri menunjukkan peningkatan kes pada minggu ini iaitu Terengganu dengan 108 peratus, Kelantan (73 peratus), Sabah (43 peratus) dan Sarawak 27 peratus.

Jumlah terkumpul kes denggi setakat ini ialah 25,234 kes berbanding 21,704 kes dalam tempoh yang sama tahun 2008.

Beliau berkata tiada rekod kematian dicatatkan pada minggu ini berbanding minggu sebelumnya yang mencatat dua kematian.

"Jumlah keseluruhan kematian bagi tahun 2009 ialah 62 kes iaitu 32 peratus meningkat daripada minggu yang sama tahun 2008 iaitu 47 kes," katanya.

Beliau berkata tiga negeri yang mencatat kematian paling tinggi pada tahun ini iaitu dari 28 Jun hingga 4 Julai ialah Selangor yang mencatatkan 43 kematian, Kuala Lumpur dan Putrajaya masingmasing (7) dan Negeri Sembilan (5).

Dr Mohd Ismail berkata sehingga 4 Julai, sebanyak 33 lokaliti "hot spot" yang dilaporkan. Dua puluh tujuh lokaliti adalah di Selangor, empat lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Terengganu masingmasing satu lokaliti.

"Premis rumah kediaman dan kedai masih lagi menjadi tempat positif tertinggi pembiakan Aedes iaitu 61 peratus, pembahagi jalan (31), tanah dan lot kosong (15), tapak binaan (13) dan kawasan kilang (11).

"Ini menunjukkan sebilangan besar masyarakat masih lagi tidak prihatin tentang bahaya pembiakan Aedes di rumah dan sekitar kawasan kediaman mereka. Prestasi aktiviti gotong-royong tidak mencapai sasaran yang tetapkan kerana penyertaan masyarakat yang masih lagi kurang memuaskan," katanya.

Beliau berkata bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pencegahan dan kawalan denggi, kementerian kini giat menjalankan Kempen Media Denggi melalui tv, radio dan akhbar tempatan bermula 16 Jun hingga Oktober.

Bagi kes Chikugunya, Dr Mohd Ismail berkata terdapat penurunan sebanyak 24 kes iaitu 39 peratus kepada 37 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 61 kes.

Beliau berkata secara umum berlaku penurunan di semua negeri kecuali tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Kedah yang menunjukkan sedikit peningkatan (satu kes) berbanding minggu sebelumnya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan