Kaedah mitigasi kawal penularan H1N1 mula dilaksanakan Liow

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sudah mula melaksanakan kaedah mitigasi berbanding dengan kaedah sekatan dalam mengawal penularan virus Influenza A (H1N1) di dalam negara, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata langkah proaktif itu diambil berikutan terdapat dua kes jangkitan tempatan secara berkelompok, iaitu enam kes di Akademi Laut Malaysia, Melaka sepertimana dilaporkan semalam dan 12 kes lagi di sebuah syarikat swasta di Cyberjaya.

"Kaedah sekatan yang digunakan sebelum ini adalah bagi mengawal penularan penyakit itu dari luar negara manakala kaedah mitigasi ialah untuk mengawal penularan tempatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beberapa langkah dalam kaedah sekatan yang dilaksanakan sebelum ini masih akan diteruskan seperti saringan di pintu-pintu masuk negara dan kaedah kuarantin pula hanya terhad kepada kontak rapat kepada pesakit.

Selain itu katanya, kini pemeriksaan dan rawatan bagi kes penyakit itu tidak lagi terhad kepada 28 hospital yang ditetapkan sebelum ini, tetapi boleh dirawat di mana-mana hospital kerajaan atau swasta.

Katanya, pelaksanaan kaedah mitigasi itu akan melibatkan tiga prinsip dengan prinsip utama menekankan kepada peranan orang ramai dalam tindakan pencegahan dan kawalan, termasuk aktiviti mengurangkan perjumpaan, menjaga kebersihan dan pengudaraan baik dalam rumah.

Katanya ini juga membabitkan pemantauan kesihatan akan dipertingkatkan di institusi dan sekolah, di mana mereka yang mempunyai simptom penyakit itu perlu dikenal pasti dan dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan.

"Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau dan kaitannya dengan jangkitan influenza," katanya.

Liow berkata melalui prinsip kedua, kes Influenza A (H1N1) yang ringan dan tanpa komplikasi pula akan dirawat sebagai pesakit luar manakala kes yang berisiko tinggi seperti asma, penyakit respiratori kronik, diabetes mellitus, kegagalan organ, obesiti dan ibu hamil akan dirawat di hospital.

Semasa rawatan di rumah, mereka perlu diasingkan daripada anggota keluarga yang lain, katanya dan menurutnya orang ramai pula akan diminta mengamalkan pemakaian topeng muka jika mengalami gejala influenza atau mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

Liow berkata bagi prinsip ketiga, pesakit H1N1 yang dirawat di hospital akan diasingkan daripada pesakit biasa dan rawatan antiviral diutamakan kepada pesakit yang berisiko.

Pesakit dan pekerja kesihatan juga perlu memakai alat perlindungan diri untuk mengurangkan risiko kematian dan penularan penyakit itu, katanya.

Mengenai situasi semasa, Liow berkata sebanyak 61 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam negara, dengan 24 daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 574 kes iaitu 415 kes import dan 159 kes jangkitan tempatan, namun tiada kematian dilaporkan.

Daripada 574 kes itu, sejumlah 472 atau 82.2 peratus telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, katanya dan menurutnya sejumlah 102 masih dirawat di hospital.

Bagi kes di seluruh dunia pula, sebanyak 98,873 kes dilaporkan di 135 negara kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pertambahan sebanyak 2,249 kes dengan 442 kematian, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan