Hishammuddin: Status permohonan kewarganegaraan Malaysia diumum tidak lama lagi

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan status permohonan kewarganegaraan bagi lima kategori dalam masa terdekat untuk mengelakkan keadaan yang tidak adil kepada para pemohon.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima kategori itu terdiri daripada permohonan kewarganegaraan, permastautin tetap, ketiadaan sijil kelahiran, penduduk Sabah dan Sarawak dan kanak-kanak jalanan.

"Kita perlu segerakan kerana ada permohonan (selama) bertahuntahun kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi masih belum beroleh sebarang keputusan.

"Ini satu keadaan yang tidak adil, lebihlebih lagi jika mereka tidak ada tempat untuk dijadikan negara naungan," katanya.

Hishammuddin berkata kerajaan akan meluluskan permohonan berpandukan kepada penelitian terhadap status keselamatan pemohon, sama ada mereka berpotensi untuk menjejaskan keselamatan negara atau tidak.

"Tetapi saya tidak boleh menyelesaikan permohonan berkaitan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing kerana kerana ia terletak di bawah bidang kuasa jawatankuasa lain yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apapun saya berharap dapat selesaikan permohonan rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar pemohon yang mahu mendapatkan status kewarganegaraan itu berikutan jumlahnya yang terlalu besar.

"Ada pemohon yang sudah tua dan tidak tahu mahu ke mana tetapi mereka sudah lama menetap di negara ini dan anak mereka pun lahir di negara ini, jadi kenapa ia tidak boleh diproses dengan cepat. Ada pula yang melibatkan rakyat kita yang berkahwin dengan rakyat China. Ini satu perkara yang membimbangkan dan menyusahkan rakyat, jadi perlu segera diselesaikan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menyifatkan tuntutan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan supaya status Bumiputera diberikan kepada rakyat bukan Melayu yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 sebagai penghinaan kepada konsep 1Malaysia.

Katanya tuntutan seumpama itu sengaja diwujudkan untuk kepentingan mereka sendiri dengan menjadikan 1Malaysia sebagai alasan.

"Ia bukan satu permohonan yang layak saya timbangkan kerana mempunyai kepentingan sendiri. Lebihlebih lagi dari orang yang tidak menyokong konsep ini (1Malaysia), jadi macam mana kita nak tengok keikhlasan mereka," katanya.

Manoharan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini berkata status Bumiputera perlu diberikan kepada bukan Melayu yang lahir selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan jika mahu 1Malasyia dicapai. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan