Sipadan sedia menjadi World 7 Wonders of Nature baru

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pulau Sipadan, salah sebuah lokasi menyelam yang terbaik di dunia, bersiap sedia untuk melayakkan diri pada pusingan akhir pencarian Seven Wonders of Nature Dunia yang baru.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata berdasarkan keputusan tidak rasmi pencarian itu yang berakhir semalam, Sipadan dikatakan menduduki tempat keempat di bawah kategori pulau.

"Saya harap kita dapat dan layak untuk pusingan akan datang (pencarian Seven Wonders of Nature Dunia yang baru)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan minggu orientasi untuk penuntut baru Politeknik Kota Kinabalu, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kementerian itu melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB), mempergiatkan kempen "Vote for Sipadan" bagi mempromosikan pulau itu sebagai salah sebuah daripada Seven Wonders of Nature Dunia yang baru sejak Disember tahun lepas.

Ia telah melalui peringkat pertama Kelayakan Nasional pada 31 Dis tahun lepas.

Pusingan kedua pencarian, yang sedang dijalankan melalui sistem pengundian dalam talian Internet dari Januari hingga 7 Julai tahun ini. Sipadan mestilah di tempat ke-11 untuk ke pusingan akan datang, katanya.

Sipadan merupakan salah satu daripada 261 pencalonan nasional dan multinasional dari 222 negara yang menyertai pencarian Seven Wonders of Nature Dunia yang baru.

Pulau itu merupakan satu-satunya pulau lautan di Malaysia, 600 meter dari dasar laut dan terletak di timur Laut Celebes bandar utama Tawau di pantai Malaysia Timur, Pulau Borneo.

Sipadan terletak di tengah-tengah lembangan IndoPasifik, salah satu pusat yang kaya dengan habitat marin di dunia dan lebih 3,000 spesis ikan dan beratusratus spesis karang yang diklasifikasikan dalam ekosistem ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan