Rakyat dan bukan saya perlu nilai kepimpinan Najib: Rosmah

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Rakyatlah yang sepatutnya menilai khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan saya," kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya sebagai seorang isteri, sudah tentu beliau menyokong perkhidmatan Najib sebagai Perdana Menteri kepada rakyat dan negara.

"Tapi apa yang mustahak, rakyatlah yang patut memberi pendapat mereka dan bukannya saya, nanti berat sebelah," kata Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga IsteriIsteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada sidang akhbar sempena pertandingan badminton anjuran Bakti di Bukit Kiara International Equestrian and Country Club di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai perasaannya tentang genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Sabtu ini.

Rosmah berharap rakyat dapat menilai dan menerima dengan baik cara Najib menguruskan negara dan juga masalah-masalah yang dihadapi sekarang.

Pertandingan badminton itu disertai 100 pemain termasuk Rosmah. Mereka mewakili empat pasukan iaitu Bakti, Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (Pekerti), Badan Amal Isteri WakilWakil Rakyat Barisan Nasional Melaka (Bistari) dan Badan Amal IsteriIsteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Baiduri).

"Ramai muka baru yang menyertai aktiviti ini yang mampu mengeratkan hubungan persaudaraan. Juga terdapat pelbagai bangsa yang menyertai pertandingan ini selaras dengan konsep 1Malaysia," kata Rosmah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan