Ng sedia jadi ejen jual rumah agam Dr Khir

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: "Saya minta kunci (rumah) dengan dia" kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim merujuk kepada perbualannya dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di luar dewan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri bermula hari ini.

"Tadi saya minta kunci dengan dia, dia minta saya bagi deposit 10 peratus dahulu. Saya kata pembeli belum tengok macam mana nak bagi deposit," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai apa yang dibualkannya dengan Dr Mohamad Khir.

Ng berkata beliau meminta kunci rumah agam Dr Mohamad Khir sebagai menyahut cabaran Adun Sungai Panjang itu menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam dan dua lot tanah milik bekas Menteri Besar itu di Seksyen 7 di sini yang didakwa Ng bernilai RM24 juta.

Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menafikan rumah dan tanah itu dibeli dengan harga RM24 juta tetapi dibeli dengan harga RM3.5 juta tiga tahun lepas dengan pinjaman selama 30 tahun daripada HSBC Bank.

Bekas Menteri Besar itu kemudian mencabar Ng supaya menjadi ejen hartanah dan menjualkan rumah dan tanah itu pada harga RM24 juta dan jika berjaya beliau akan diberikan komisen 50 peratus atau RM12 juta.

"Dia suruh saya jumpa di mahkamah, saya tidak ada masalah...tapi kunci bagilah kalau tidak macam mana saya nak jadi estet agent," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan