Kes liwat Anwar ditangguh kerana peguam sakit

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini. --foto TheStar
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini. --foto TheStar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan permohonan mendapatkan dokumen berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga 15 Julai ini.

Sebutan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan kes liwat juga akan diadakan pada hari yang sama.

Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Penangguhan tersebut ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu, wakil pihak pembelaan, Edmund Boon memohon supaya hakim menangguhkan prosiding yang dijadualkan hari ini.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menerima surat daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang memaklumkan bahawa Sulaiman perlu menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah pening kepala.

Ketua pihak pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden tidak membantah permohonan tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata walaupun Sulaiman tidak sihat, namun perbicaraan kes tersebut tetap perlu diteruskan.

Permintaan Yusof dibantah oleh pihak pembelaan dengan menyatakan bahawa Anwar selaku anak guam mereka mahu Sulaiman mengetuai perbicaraan kes tersebut.

Oleh yang demikian hakim menetapkan agar sebutan bagi perbicaraan kes liwat itu diadakan pada hari yang sama dengan perbicaraan bagi permohonan dokumen.

"Saya fikir kita akan adakan sebutan kes untuk tentukan tarikh perbicaraan pada hari yang sama iaitu pada Rabu depan.

"Saya faham dengan situasi Sulaiman, jadi kita buat sebutan kes dahulu dan kita tunggu perkembangan semasa nanti," kata Mohamad Zabidin.

Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair selepas prosiding pada hari ini berakhir berkata, pihak pembelaan akan memfailkan permohonan supaya pasukan pendakwaan mengecualikan diri dari mengendalikan pendakwaan.

Permohonan tersebut akan difailkan sebelum Jumaat ini.

"Datuk Seri Anwar minta agar pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Datuk Idrus Harun dan Datuk Yusof mengecualikan diri mereka daripada terlibat dan mengendalikan pendakwaan terhadapnya," katanya.

Alasan yang diberikan ialah pasukan pendakwaan tersebut juga terlibat dengan perbicaraan kes liwantnya yang pertama pada tahun 1998.

"Anak guam kami menegaskan bahawa pendakwaan terhadap beliau dalam kes terkini ini adalah satu pendakwaan yang bersifat jahat (mala fide) dan kes ini adalah kesinambungan daripada konspirasi politik terhadap beliau dalam pendakwaan pada tahun 1998," katanya lagi.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Dalam pada itu, seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Kim Hwat yang dipercayai dari Perak ditahan pihak polis di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira pukul 10 pagi tadi kerana mengedarkan cakera padat bertajuk 'Bubar DUN Perak'.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuj soal siasat.

Beliau hadir bersama penyokong parti itu dari Perak bagi memberi sokongan sempena perbicaraan kes liwat Anwar.

Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) merancang untuk menggerakan 5,000 penyokongnya di mahkamah tersebut untuk memberikan sokongan.

Bagaimanapun hanya kira-kira 100 orang penyokong PKR hadir pada hari ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan