Jangkitan H1N1 berlaku antara manusia dan manusia, tidak libatkan babi

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jangkitan virus influenza A(H1N1) atau selesema babi berlaku antara manusia ke manusia sahaja dan orang ramai tidak berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya mengambil atau menggunakan babi atau produk berasaskan babi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu Dewan Negara hari ini bahawa virus influenza A(H1N1) terhasil daripada proses mutasi atau dikenali sebagai "reassortment" daripada gen virus influenza yang bercampur antara gen virus influenza daripada babi (swine), burung (avian) dan manusia.

Katanya menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 April lepas, jangkitan virus influenza A(H1N1) merupakan virus baru dan berlaku antara manusia ke manusia, justeru ia tiada kena mengena dengan mereka yang mengambil babi atau produk berasaskan babi untuk mendapat jangkitan virus berkenaan.

Menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn, Rosnah berkata penternakan babi di ladangladang babi di negara ini berada dalam keadaan terkawal.

"Bagi memastikan ladangladang babi di negara ini terkawal daripada selesema babi, kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) yang merupakan anggota tetap kepada Jawatankuasa Teknikal Antara Agensi Menangani Pandemik Influenza, JPVM telah melaporkan penternakan babi di ladangladang babi negara ini terkawal dan pemantauan survelan virus selesema babi (Classical Swine Flu) dan Influenza A H1N1 sedang dilaksanakan," katanya.

Katanya sehingga kini sejumlah 17,459 spesimen daripada 672 ladangladang babi di seluruh negara telah diambil dan daripada jumlah itu 191 spesimen di dapati positif bagi virus Classical Swine Flu serta tiada spesimen positif bagi virus Influenza A (H1N1).

"Classical Swine Flu tidak berlaku jangkitan kepada manusia sebaliknya berlaku di kalangan babi sahaja di mana berlaku gejalagejala seperti selesema, batuk, keletihan dan kurang selera makan," katanya. Sebanyak 776 buah ladang penternakan babi terdapat di seluruh negara.

Rosnah berkata pemantauan terhadap ladang penternakan babi sentiasa dilakukan oleh JPVM bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa dan sebarang maklumat mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kementerian.

"Orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan pengambilan atau penggunaan babi serta tidak mengaitkan kejadian influenza A(H1N1) ini dengan amalan pengambilan makanan berasaskan babi," katanya.

Sehingga pukul 8 pagi ini, beliau berkata sebanyak 513 kes selesema babi dilaporkan di Malaysia yang melibatkan 378 kes import serta 135 kes tempatan dan tiada kematian dilaporkan pada masa ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan