ADUN Sekinchan terima cabaran Khir jual rumah agam

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim hari ini menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan