Peluang anggota Umno kemuka cadangan draf pindaan perlembagaan parti

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno di peringkat akar umbi akan berpeluang mengemukakan cadangan dan bantahan mereka mengenai draf Pindaan Perlembagaan parti itu sebelum dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Khas pada 13 Oktober depan.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali AlHabshee berkata cadangan pindaan itu telah diperhalusi dalam mesyuarat khas Setiausahasetiausaha Umno Bahagian Wilayah Persekutuan petang semalam dan akan diperturunkan di peringkat bahagian masing-masing untuk mendapatkan mandat anggota-anggota parti.

"Kita bersetuju dengan draf pindaan tersebut tetapi kaedah pelaksanaannya akan dibahaskan oleh ahliahli Umno di peringkat akar umbi," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras berkata kaedah pelaksanaan tujuh perkara yang dikemukakan di dalam draf pindaan tersebut akan diperhalusi secara mendalam oleh bahagian sebelum diputuskan di peringkat negeri.

Tujuh perkara dalam draf pindaan itu antaranya berkaitan dengan perluasan pemilihan jawatan dalam parti, sistem kuota, pembabitan Badan Bukan Kerajaan (NGO), jumlah kehadiran mesyuarat, pendaftaran keahlian, hak ahli dan yuran keahlian.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 24 April lepas bersetuju untuk meminda perlembagaan parti iaitu yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan parti supaya lebih telus, terbuka dan demokratik pada perhimpunan agung khas itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan