Kempen pilihan raya kecil Manek Urai bermula

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Bahang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai mulai terasa sebaik selesai proses penamaan calon semalam dengan Umno dan Pas tidak berlengah menemui pengundi baik di kedai kopi, di laman rumah kampung serta di surau dan masjid.

Perang poster sudah pun mewarnai sepanjang jalan sekitar kampung sambil penduduk, yang kebanyakannya bergantung kepada tanaman getah, mencuri peluang meraih keuntungan menjaja buah-buahan tempatan terutama durian, manggis dan rambutan.

Selain itu, beberapa bahagian jalan raya utama dari Laloh ke Sungai Perial sering sesak kerana pusat-pusat operasi dan pospos kecil didirikan di tepi jalan.

Barisan Nasional yang menampilkan bekas pengurus Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat, 39, menawarkan agenda pembangunan kepada pengundi manakala PAS berharap calonnya Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan dipilih menggantikan penyandang Allahyarham Ismail Yaacob yang meninggal dunia 22 Mei lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang "turun padang" di kawasan peti undi Kampung Laloh pantas meniupkan semangat jentera BN supaya bekerja keras dan komited semasa berkempen.

Katanya gerakan penerangan BN perlu bergerak agresif dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan kepada rakyat serta menjawab tohmahan pembangkang mengenai isuisu berbangkit.

Ketika Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berada di Laloh, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal masingmasing menemui pengundi di Chuchoh Puteri dan di Kampung Temalir manakala anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menemui kalangan guru di Kampung Peria, Sungai Sok dan di Manik Urai Baru.

Pada masa yang sama, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin bergerak dari rumah ke rumah.

Jentera Umno, terutama dari Kelantan yang dipimpin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Datuk Mustapa Mohamed atau "Tok Pa", dikatakan begitu komited dan bekerja keras untuk memastikan BN berjaya merampas semula kerusi itu daripada PAS.

PAS pula difahamkan akan hanya mengadakan ceramah malam esok yang akan disertai oleh pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Poster-poster PAS kebanyakannya menonjolkan wajah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mengekalkan slogan "Membangun Bersama Islam" dan kepimpinan ulama. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan