Kediaman milik Khir Toyo bernilai RM24 juta?

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEDIAMAN 'istana' bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo yang didakwa oleh pembangkang mencecah RM24 juta, yang dibina di kawasan Seksyen Tujuh, Shah Alam.
KEDIAMAN 'istana' bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo yang didakwa oleh pembangkang mencecah RM24 juta, yang dibina di kawasan Seksyen Tujuh, Shah Alam.

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo didakwa membelanjakan hampir RM24 juta untuk membina sebuah kediaman mirip 'istana' di Seksyen Tujuh di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendedahkan Dr. Mohd. Khir membeli dua lot banglo masing-masing bernilai RM2.9 juta dan RM900,000 untuk membina kediamannya yang mencecah lebih RM20 juta.

Semalam, Ng juga membawa wartawan ke lokasi kediaman Dr. Khir Toyo itu.

Bagaimanapun dalam reaksi segera, Dr. Khir Toyo menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung rumah beliau itu.

"Saya membeli rumah itu dengan harga RM3.5 juta menggunakan pinjaman yang diperoleh daripada HSBC. Saya tidak membeli tanah dan membina rumah di atasnya," kata beliau.

Kata Dr. Khir Toyo, beliau hanya menukar atap rumahnya dan melakukan pengubahsuaian kecil.

Sambil mendakwa Dr. Khir Toyo juga mengimport bahan binaan kediamannya dari Bali, Ng mempersoalkan bagaimana beliau boleh memiliki 'istananya' berdasarkan gaji sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, berdasarkan gaji Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dianggarkan RM48,000 sebulan sekarang, gaji Dr. Mohd Khir juga dianggarkan dalam lingkungan itu ketika memegang jawatan tersebut selama lapan tahun.

Oleh itu, katanya, jumlah gaji bagi tempoh lapan tahun dianggarkan RM4.6 juta.

"Jadi bagaimana beliau telah mampu memiliki rumah bernilai RM24 juta," katanya di sini.

Ng berkata, sebelum dipilih sebagai ADUN Dr. Mohd. Khir adalah seorang doktor gigi yang menyewa rumah di Sekinchan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan