Jenazah Mohan Singh dikebumi cara Islam

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah sebulan mayat ditahan di bilik mayat Hospital Sungai Buloh dekat sini kerana kekeliruan status agama, akhirnya jenazah Mohan Singh, 41, dikebumikan mengikut cara Islam semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Agama Islam Selangor (MAIs) Rohana Hassan berkata jenazah Mohan atau nama Islamnya Mohammad Hazzery Shah Mohan Abdullah itu dibawa keluar dari hospital itu pada pukul 6 petang untuk dibawa pulang ke rumah ibunya di Selayang Jaya.

"MAIS akan memberikan peluang kepada keluarganya untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum upacara pengebumian mengikut cara Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rohana berkata keluarga Mohan akan diberikan masa selama 30 minit hingga satu jam bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Beliau berkata MAIS akan bertanggungjawab mengadakan upacara pengebumian mengikut cara Islam kepada Allahyarham dan jenazah akan dikebumikan sejurus selepas penghormatan terakhir oleh anggota keluarga.

Allahyarham Mohan memeluk agama Islam pada 11 Ogos 1992 di Pulau Pinang tanpa pengetahuan keluarganya sehingga berlaku perebutan antara MAIS dan keluarganya setelah Mohan meninggal dunia pada 25 Mei lepas akibat serangan jantung di rumahnya di Apartmen Harmoni, Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini.

Kemelut perebutan itu berlaku apabila keluarga Mohan menuntut mayatnya untuk ditanam mengikut upacara agama Sikh di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, namun mahkamah itu hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh keluarga pengarah seni tersebut kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Selangor.

Mohan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves, dekat sini, kira-kira pukul 9 malam.

Sebelum itu, suasana di rumah ibu Allahyarham mendapati anggota keluarga Mohan mengadakan upacara sembahyang mengikut agama Hindu kira-kira sejam bagi memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

Terdapat juga tiga anggota polis berada di perkarangan rumah itu selama kira-kira 30 minit bagi memantau keadaan manakala para petugas media tidak dibenarkan memasuki rumah tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan