H1N1: 335 pesakit sudah pulih

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seramai 335 atau 72 peratus daripada 468 pesakit Influenza A (H1N1) di negara ini telah sembuh dan dibenar keluar dari hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata jumlah kes baru yang dilapor sehingga pukul 8 pagi ini juga menurun kepada 34 kes iaitu 22 kes import manakala 12 kes jangkitan tempatan, berbanding 75 kes yang dicatat semalam.

Liow berkata seorang daripada 12 kes jangkitan tempatan itu adalah peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) yang diadakan di Pulau Pinang 27 hingga 30 Jun lepas.

Jumlah keseluruhan kes yang dilapor di seluruh negara setakat ini ialah 468 dengan 355 kes import dan 113 jangkitan tempatan.

Tiada kematian dilapor, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bas untuk kegunaan Pusat Darah Negara, di sini hari ini.

Liow berkata seramai 133 orang masih dirawat di hospital iaitu 22 orang di Hospital Kuala Lumpur manakala di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ialah 16 orang; Hospital Sungai Buloh (13); Hospital Melaka (sembilan); Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (sembilan); Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (lapan); Hospital Pulau Pinang (tujuh); Hospital Tawau (tujuh); Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (tujuh); Hospital Bintulu (lima); Hospital Miri (lima); Hospital Batu Pahat (empat); Hospital Umum Sarawak (empat); Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (empat); Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (tiga); Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (tiga); Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (tiga); Hospital Labuan (dua); dan masing-masing satu kes di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Tumpat.

Beliau berkata jumlah kontak yang menjalani kuarantin di rumah pula ialah 1,031 orang dan tiada di antara mereka yang mempunyai simptom, manakala tiada sekolah baru yang ditutup kerana jangkitan itu.

Mengenai situasi global, Liow berkata Pertubuhan Kesihatan Dunia memaklumkan jumlah terkumpul kes Influenza A (H1N1) adalah sebanyak 95,528 kes dengan 44 kematian daripada 134 negara, iaitu pertambahan sebanyak 4,071 kes.

Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Argentina (898), Thailand (662), Australia (435), Peru (378) dan Jepun (273), katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan