Bayi perlu bantuan jalani pembedahan jantung dan saluran kencing

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Khaira Raihana Noor Azman, 16 bulan, bukan saja dilahirkan dengan masalah tiada dubur, malahan dia juga menghidap penyakit jantung berlubang dan mempunyai hanya sebelah buah pinggang.

Sewaktu berusia sebulan, bayi comel itu menjalani pembedahan membuat saluran dubur di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar tetapi keluarganya tidak mengetahui bahawa anak itu hanya mempunyai sebelah buah pinggang sehingga dia berusia lapan bulan.

Ibunya, Emiliana Pulungan, 34, berkata sewaktu lahir mereka hanya dimaklumkan bahawa anak itu ada masalah jantung berlubang dan tiada saluran dubur dan selepas pembedahan saluran dubur, anak itu menghadapi komplikasi untuk membuang air kecil pula.

Ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini, Emiliana berkata, untuk membolehkan anak itu kencing, saluran tiub dimasukkan ke saluran kencing anak itu dan beliau terpaksa mengepam keluar air kencing Khaira dua kali sehari.

"Selepas Khaira sudah boleh membuang air besar ikut saluran dubur, dia tidak boleh kencing pula dan kini kami memerlukan bantuan untuk membolehkan anak ini menjalani kehidupan biasa," katanya.

Suaminya, Noor Azman Nayan, 34, tidak mampu membiayai rawatan anak itu setelah dibuang kerja sebagai pemandu lori kerana kerap mengambil cuti untuk menguruskan rawatan anak keduanya itu dan akhirnya menghubungi Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat (Sepakat), yang ditubuhkan Umno Pulau Pinang bulan lepas untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan Noor Azman dan Emiliana, yang menetap di Kulim, Kedah, mempunyai dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Salsabila, 4, dan Khaira.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepakat, Azlina Mehtab Mohd Ishaq kemudiannya membawa bayi itu untuk pemeriksaan awal di hospital swasta berkenaan bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membetulkan jantung berlubang dan masalah saluran kencing.

Katanya, bayi itu dimasukkan ke wad hari ini untuk menjalani beberapa pemeriksaan sebelum doktor memutuskan bentuk rawatan yang akan diberikan kepada Khaira.

"Kita bimbang jika masalah saluran kencing ini tidak diatasi secepat mungkin ia akan memberi tekanan kepada buah pinggangnya yang hanya satu itu," katanya.

Azlina berkata, selain Khaira ada lima lagi kes kanakkanak pelbagai bangsa yang mengalami pelbagai komplikasi dirujukkan kepada Sepakat untuk mendapatkan bantuan.

Sehubungan itu, dia merayu sumbangan daripada orang ramai untuk membantu kanakkanak berkenaan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan normal dan semua sumbangan boleh disalurkan kepada Sepakat di Tingkat 2, Bangunan Mahkamah Munisipal MPSP, Lorong Kampung Jawa, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan